Thursday, November 4, 2010
Mencari life edisi EVOLUSI KL DRIFT 2
Motivasi Diri
tapi xpe..gua ade xtvt yang boleh dilakukan sepanjang cuti menunggu exam ni...antara xtvt yang dah ade dalam kepala gua:
- melepak tak tentu hala.
- tidur sepanjang hari.
- berjalan tanpa arah tujuan.
- lepak dengan artis2 tempatan.
- jadi jaga.
- kerja sebagai operator kilang.
- jadi jurujual sambilan.
- jadi pelakon tambahan.
- folo katering.
- jalan2 mengelilingi semenanjung malaysia.
- menjual cekodok di pasar malam.
- tengok TV.
- menulis novel cinta.
- jadi tok mudim.
- layan muvi sampai lebam.
- mencari tin2, botol2 dan besi buruk.
- melancong ke eropah.
- jadi penyanyi jalanan.
Jamaliah oh Jamaliah season finale
Khamis a.k.a Thursday

Jamaliah oh Jamaliah
“Arghhhhhh!!!”. Tempik Man, anak Lebai Kahar.
“Nape dengan kau ni man? Bertempik tak tentu pasal?” Tegur Saiful yang kebetulan baru pulang dari rumah tok penghulu.
“Aku bad mood arini. Ni sume Jamaliah punye pasal. Takkan die tak tau aku dh lame nak kt die,sejak die pindah sini 3 bulan lepas”. Terang Man menahan marah.
“Anak Pak Husin yang duduk kt hujung kampung tu ke man?” Tanya saiful meminta kepastian.
“Haah la. Sape lagi kalau bukan die?
Saiful tersentak sambil bertanya. “Dia dah buat apa kat kau Man?”
“Berani die tolak pinangan aku. Niat aku ikhlas pul.” Terang Man sambil menumbuk-numbuk pokok pisang disebelahnya. Saiful Cuma berdiam. Dia Cuma melihat gelagat Man yang bad mood dari tadi. Dia dia kenal Man sejak mereka sekolah tadika lagi. Waktu tu, mereka berdua berada di kelas cikgu Lela, guru tadika paling garang di kampung mereka.
“Dah la tu Man, kau cari jela orang lain. Kau tu pun kerja bagus,ada kereta,ada rumah, bukan macam aku ni,jual petai tiap-tiap hari”. Pujuk Saiful. Saiful Cuma seorang penjual petai di kampung. Seminggu sekali dia akan pergi ke kampung seberang untuk mengambil petai dari pasar borong.
“Kau tak tau perasaan aku pul. Bukan senang aku nak jatuh hati dengan perempuan pul. Aku senang dengan cara dia walaupon melihat dia dari jauh”. Kata Man tenang.
“Aku tau Man. Tapi………….”
“aku tak nak dengar tapi-tapi lagi. Dh la, ada kawan pon tak nak tolong. Aku dah nekad, aku akan dapatkan jugak si Jamaliah tu walau dengan cara apa sekalipun. Aku takkan berputus asa. Dia belum kenal lagi siapa Man, anak Lebai Kahar”. Belum sempat saiful habis berbicara,Man terus memotong..
Bila senang gua sambung lagi...
Model episod II

Azleaziyatulazhar
Gua pasti ada yang tertanya-tanya knapa nama gua ni agak panjang..dah ramai yang bertanya kt gua..lepas ni kalo ade yang tanya lagi,gua sumpit je tnpa bpikir panjang…
“apo kono namo ekau ni panjang sgt ni jang??”(Acik kalsom-besan Long Seman)
“dey tambi~apa pasal awak punya nama kasi panjang2??” (M. Jayabalan-pemandu lori)
“such a long name.”(Alex Ferguson-pengurus MU)
“kenapa nama anta ni panjang sangat?susah ana nak sebut.”(Al-Faruqi-pemilik café bertemakan timur tengah)
“namahal nama nuan panjai amat tok ah?”(Jabu anak Jelum-tuai rumah panjang)
“haiyya~ manyak panjang la lu punya nama.”(Lee Beng Chai-pomen motor)
Gua kumpul testimonial ni sejak gua darjah 2…mase tu gua kelas cikgu Juharinor.die punya cubit,sampai gua terangkat..ni bkn citer pasal cikgu gua,tapi pasal name gua…sbnrnye abah gua yang bagi name ni…gua rase lame gak abah gua pikirkan name gua ni...mak gua ikut je abah gua punye idea sbb die ketua keluarga...dulu kalau x name gua yatulazhar..ala2 arab pon ade kalo perhatikan betol2…kah3..name akak2 gua aziah ngn azlezan…pastu abah gua amik la sikit dari name depa dua orang ni…azle(azlezan)+azi(aziah)+yatulazhar…pastu jadila name gua…AZLEAZIYATULAZHAR...
Dulu gua penah gak bcita2 nak tukar name…tapi mak gua x bagi liquid name gua kt surat beranak…kah3
